| Majlis Penutupan Ramadhan Discovery |
Oleh : Maizat-ul Fatiha Bt. Mohamad Nor. Lh 1, 6 September 2009 – Sempena bulan yang mulia,Ramadhan Al-Mubarak ini,sebuah program telah berlangsung selama 2 minggu sepanjang bulan ini. Program tersebut dinamakan sebagai Ramadhan Discovery’09 (RD’09). Program ini menyingkap tirai Ramadhan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat yang dapat memenuhi Ramadhan pada tahun ini. Antara objektifnya ialah ingin mencungkil bakat pelajar UTP dalam bidang kesenian Islam , menguatkan ikatan silaturrahim warga kampus dan warga luar kampus serta mengisi Ramadhan dengan perkara yang bermanfaat yang mampu meningkatkan kesedaran dan keinsafan.
Setelah 2 minggu berlangsung tibalah kini majlis penutupan. Majlis penutup Ramadhan Discovery ’09 diiringi dengan pertandingan Final The Qurra’ Muslimin. Seramai 4 orang peserta telah berjaya layak ke peringkat akhir setelah melepasi beberapa peringkat awal. Para peserta diadili oleh barisan hakim yang diketuai oleh Ustaz Rahmat bin Abu Seman. Alunan merdu suara para peserta membacakan ayat-ayat suci Al-quran Surah Al-Baqarah ayat 60-63 mula kedengaran sebaik sahaja majlis bermula. Pesaingan amat sengit berlaku kerana kesemua peserta menunjukkan bakat masing-masing dengan jayanya.
Sementara menunggu keputusan para hakim , majlis diisi dengan persembahan montaj yang telah memenangi pertandingan montaj anjuran Ramadhan Discovery ’09 . Antara aktiviti anjuran Ramadhan Discovery ’09 sepanjang bulan Ramadhan ini adalah Ramadhan Food Fiesta, Khidmat Bakti Siswa , Treasure of Iman , Open Math Olympiad , The Qurra’ , Calligraphy Workshop , pertandingan montaj dan pertandingan membuat kad raya. Kesemua aktiviti mendapat sambutan yang memberansangkan dari seluruh warga kampus.
Ucapan daripada tetamu jemputan Tuan Haji Mohamed Noor Rosli Bin Baharom , Director of Student Services ternyata memberi banyak nasihat dan cadangan bagi menjayakan lagi program ini pada masa akan datang , sekaligus merasmikan majlis penutupan Ramadhan Discovery ’09. Tuan Haji mencadangkan agar program ini akan disertai bersama-sama dengan pelajar luar negara yang menuntut di UTP.
Upacara penyampaian hadiah mengakhiri majlis. Hadiah disampaikan oleh tetamu jemputan , Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom diiringi Ustaz Dawi Cahyono. Upacara penyampaian hadiah merangkumi seluruh aktiviti dan pertandingan sepanjang berlangsungnya Ramadhan Discovery ’09. Semoga program seperti berterusan dan mendapat lebih sambutan lagi pada akan datang.
|
