Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang
dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila
berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah
daripada wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup
aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam.
Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan
siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan
masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam
program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak
sukar akibat sikap double-standard dan
kronisme yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah
sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk
menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar.
Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si
ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.
Penyelesaian
Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan
sebatang pen daripada satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah
daripada segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling
terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya
pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar
terus istiqamah dengan perubahan.
Apa yang dilakukan oleh siswi
tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental
dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan daripada segi
spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap
kepada Tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka
yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti
tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan
dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai
individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan
mereka yang baru menerima hidayah.
Muslimat
Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon
songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap
sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk
diterima dan konsep bersabar terhadap time delay
(masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan.
Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu
agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.
Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan
darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu
yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat
disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar daripada badan
seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas daripada unsur-unsur
negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.
Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.
Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan
penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang
dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja
terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana
sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa
penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan.
Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop
aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala
dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting
terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu
ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa
yang membawa kepada kebatilan.
Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat
Dalam Fizik, konsep ketahanan
mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan
berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang
digunakan:
J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu:
Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim
tertentu dalam suatu kuantiti masa.
m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.
c ialah keupayaan haba tentu:
Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu
kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.
tetha ialah perubahan suhu.
Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)
Abstrak/Pengenalan
Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:
wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa
memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding,
menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan
kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan
majalah hiburan.
Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.
Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang
diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi
tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi.
Begitu juga sebaliknya.
Inferens
Wanita A mempunyai tahap ketahanan
yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan
wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.
Pembolehubah manipulasi
c atau keupayaan suatu objek yang
mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu
kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap
tekanan yang dikenakan.
Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai
yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada
suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand
(bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju
kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia?
Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai
jeans dan t-shirt?
Pembolehubah malar
m atau jisim objek yang menerima
perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan
ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.
tetha atau perubahan suhu. Ia
adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana
wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan),
nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku
pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran
dan lain-lain).
Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh
diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu
kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan
spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya
tekanan yang diberi.
Kaedah
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:
Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka
mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha
sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.
Pemerhatian
1) Wanita A kelihatan merendah
diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika
perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal
perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
2) Wanita B juga kelihatan tenang,
ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada
sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang
baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis
yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang
menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang
dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan
marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur
kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang
dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut,
keadaan kembali normal.
3) Wanita C kelihatan kelam-kabut,
mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan,
overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A kelihatan normal,
tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi,
sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan
lebih agresif.
Kesimpulan
Daripada eksperimen yang
dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah
mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam
dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:
J = mc x tetha.
Oleh itu, hipotesis diterima.
Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam
Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam,
individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham
tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah
saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak
semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu
Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah
iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.
Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang
mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah.
Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk
mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu
duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa
agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai
kecemerlangan menyeluruh.
Seperti yang tertera dalam misi
UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations,
Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA
akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan
untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali.
Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains
melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah
perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan.
|