| Majlis Perasmian Heart For Islam Campaign 2009 |
Pada 3 Februari 2009 yang lalu, Unit Pentadbiran Masjid dengan kerjasama Rakan Masjid telah mengadakan majlis perasmian "Heart for Islam Campaign 2009". Majlis bermula pada pukul 10 malam dan berakhir pada pukul 12 malam. Majlis telah dirasmikan oleh Rector Universiti Teknologi PETRONAS, Yang Berbahagia Datuk Dr.Zainal Abidin bin Hjaji Kassim.
Beberapa acara telah diadakan semasa majlis perasmian berlangsung, antaranya bacaan al-Quran,persembahan montaj dan forum. Forum yang bertajuk "Peranan Mahasiswa dalam Menjana Kegemilangan Ummah" telah dibahaskan oleh dua orang ahli panel iaitu Ustaz Pisol bin Mat Isa dan saudara Ann Wan Seng Abdullah. Selain itu majlis penyampaian cek kepada Aman Palestin turut diadakan bagi membantu saudar-saudara Islam di Palestin.
Sambutan yang diterima adalah sangat mengalakkan dimana ramai pelajar-pelajar ,staff-staff dan pensyarah-pensyarah utp termasuk orang awam hadir bagi memeriahkan majlis.Heart for Islam Campaign 2009 membuat pembaharuan dimana buat julung-julung kalinya diadakan di Dewan Canselor Utp dan dirasmikan oleh rektor Universiti Teknologi PETRONAS sendiri.
Secara keseluruhannya, majlis perasmian Heart For Islam 2009 telah berlangsung dengan jayanya. Diharapkan program-program yang dijalankan sepanjang Heart for Islam dapat menjadi salah satu medium dakwah kepada warga Utp khususnya dan warga sekitar Utp amnya.
Disediakan oleh,
NOOR SAADAH BT HALIM Unit Wartawan Lajnah Informasi dan Multimedia
LAMPIRAN I
TENTATIF PROGRAM
10.00 malam : majlis perasmian bermula 12.00 malam : majlis perasmian berakhir
LAMPIRAN II
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERJALAN
![]()
|

