Pemilihan Da’ie Kecil (PIDACIL)

Share

Bakat anak muda zaman ini di dalam bidang dakwah islam semakin giat dicungkil oleh pelbagai pihak. Lantaran itu, sebuah program pemilihan da’ie kecil (PIDACIL)  telah dianjurkan oleh pihak Rakan Masjid UTP sebagai salah satu pengisian program “heart4islam”  pada 18 Februari 2009. Program ini bertujuan untuk mengasah bakat anak kecil dalam bidang dakwah islam serta melatih mereka menyebarkan ajaran Islam sedari kecil.

           

Alunan merdu ayat suci Al-quran Surah Al-Imran (ayat 33-38) oleh adik Mohamad Arif telah membuka tirai majlis agar lebih diberkati. Ucapan daripada perasmi iaitu En. Mohd Suhaimi bin Ismail telah menyemarakan lagi semangat para peserta.Kemudian disusuli persembahan montaj hasil keluaran pihak pengurusan berkisarkan Program “heart4islam”. Setelah tamat persembahan montaj , para peserta memulakan dakwah mereka dengan penuh semangat.

 

Seramai tiga orang hakim telah dilantik bagi mengadili pertandingan ini. Setiap peserta diberi masa minimum 6 minit dan maksimum 8 minit untuk menyampaikan syarahan mereka. Para peserta dinilai melalui beberapa kriteria, iaitu dari segi isi syarahan, cara penyampaian serta bahasa yang digunakan. Peserta telah diberi empat tajuk pilihan seperti pengurusan masa melalui sudut pandangan Islam, solat yang sempurna, peranan anak dalam keluarga dan kesan mengabaikan kebersihan.

 

Seramai 6 orang peserta telah tampil menyerlahkan bakat mereka sebagai salah seorang da’ie yang dicari. Para peserta terdiri daripada adik-adik dari sekolah berdekatan. Para da’ie telah menunjukan bakat mereka dengan baik sekali. Persembahan yang mantap telah dipersembahkan sehingga meresap ke dalam jiwa dan menimbulkan rasa keinsafan kepada penonton.

 

Para hakim yang adil telah menentukan da’ie cilik yang dicari untuk tahun 2009. Adik Danish Aiman B. Zulkifli telah menjadi johan PIDACIL 2009 dan tempat kedua telah disandang oleh adik Nurul Syazana Bt. Azli. Para peserta mendapat sebuah hamper dan sijil penyertaan daripada pihak pengurusan.

 

Diharapkan akan lebih ramai lagi penda’ie kecil yang dapat dilahirkan agar syariat Islam diteruskan dan berkembang. Semoga usaha murni ini diredhai oleh Allah Yang Maha Esa. Telah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini untuk berdakwah. Jadi, laksanakanlah tanggungjawab ini dengan sebaiknya serta dipenuhi dengan rasa kehambaan kepada-Nya.

 

 

Disediakan oleh,

 

MAIZAT-UL FATIHA BT. MOHAMAD NOR.

UNIT WARTAWAN

LAJNAH INFORMASI DAN MULTIMEDIA

 

 

 

LAMPIRAN I

 

Senarai AJK yang terlibat

 

Bil

Nama

Jawatan

1.

Semua MT/ME Rakan Masjid

 

2.

AJK h4i

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN II

 

 Tentatif program

 

Masa

Aktiviti

9.00 mlm

Ketibaan para tetamu

9.50 mlm

Bacaan ayat suci Al-quran

·         Surah Al-Imran (ayat 33-38)

v  Adik Mohammad Arif bin Haji Razai

10.00 mlm

Kata-kata aluan

·         Hafizi bin Zakaria

10.05 mlm

Ucapan Perasmian

·         Pegawai Khas Ustaz Suhaimi Ismail

10.10 mlm

Persembahan Montaj

10.15 mlm

Pengambilan Tempat bagi para hakim

 

Pertandingan dimulakan

11.10 mlm

Ulasan dari Ustaz Rahmat

11.15 mlm

Penyampaian hadiah

11.30 mlm

Majlis bersurai

 

 

LAMPIRAN III

Senarai peserta yang terlibat

 

Bil

Nama Peserta

Nama Sekolah

1.

Mohamad Sa’adi bin Mohd Mahfdzuz

SK Sungai Rokam

2.

Khuzaifah bin Mohd Adzha

Sekolah Rendah Islam Nurul Ihsan

3.

Nur Musoibah binti Mohd Adzha

Sekolah Rendah Islam Nurul Ihsan

4.

Nurul Syazana binti Azli

SK Titi Gantong

5.

Danish Aiman bin Zulkifli

SK Titi Gantong

6.

Nurhaini Nabilah binti Kamarulzaman

SK Seri Tronoh

 

 

Add comment


Security code
Refresh