Bengkel Kaligrafi Seni Penulisan Islam

Share

                Pada 15 Februari 2009, kempen Heart for Islam 2009 dengan kerjasama Unit Pentadbiran Masjid Utp telah mengadakan  bengkel mempelajari penulisan khat. Bengkel ini  merupakan salah satu aktiviti  yang dijalankan sepanjang kempen Heart for Islam 2009.Aktiviti berupa  Kesenian Islam ini  merupakan hasil cetusan idea daripada pihak Rakan Masjid UTP yang ingin meneruskan karya seni penulisan warisan Islam.

 

                Bayaran yuran sebanyak RM10 seorang telah dikenakan pada setiap peserta. Bengkel ini telah dijalankan selama 4 jam dan dimulakan seawal 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang.Segala peralatan seperti pen kaligrafi , kertas dan lain-lain disediakan oleh pihak pengurusan. Sijil penyertaan dan makanan yang enak telah disediakan oleh pihak pengurusan kepada setiap peserta.

 

                Seramai  20 orang  peserta telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mempelajari hasil seni penulisan khat yang berunsurkan Islam. Penulisan khat merupakan salah satu karya seni Islam yang masih kekal sehingga kini dan diminati ramai. Penulisan khat digunakan untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran dan ukirannya banyak didapati di masjid-masjid.

 

                Para peserta bengkel telah diajar teknik penulisan khat yang betul oleh seorang ustaz yang tidak asing lagi di kalangan warga UTP iaitu Ustaz Rahmat Bin Seman yang juga merupakan penasihat kempen Heart For Islam 2009. Ustaz Rahmat telah menurunkan segala ilmu beliau di dalam penulisan khat kepada para peserta. Peserta juga telah menyerap segala ilmu dengan baik melalui penulisan khat mereka di akhir bengkel.

 

               

Disediakan oleh,

 

NUR SYAMIMI BINTI ATAN                                                                                                                                               

Unit Wartawan,

Lajnah Informasi dan Multimedia,

Rakan Masjid UTP.

 

Add comment


Security code
Refresh