| ‘Islamic Oratory’ |
Pada 28 Februari 2009, sebuah program iaitu ‘Islamic Oratory’ telah dilangsungkan di ‘LH 1’yang bermula pada jam 9.00 malam dan selesai sepenuhnya pada jam 11.30 malam. Program ini merupakan salah satu pengisian kempen ‘heart 4 islam’ yang diadakan pada semester ini. Syarahan ini bertemakan Islam pada masa kini.
Seramai empat orang peserta telah mendaftarkan diri bagi menyertai pertandingan syarahan ini. Para peserta terdiri daripada warga UTP yang mewakili negara masing-masing. Antaranya ialah Malaysia, Egypt, Sudan dan Turkmenistan. Syarahan disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Para peserta yang melibatkan diri menyertai syarahan ini adalah muslimin kesemuanya.
Para peserta telah diberikan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi bagi melayakkan diri untuk menyertai syarahan ini. Masa yang diperuntukan bagi setiap peserta untuk menyampaikan syarahan adalah selama 15 minit. Cara pemakaian peserta hendaklah bersesuaian dengan 'input' yang ingin disampaikan.
Jumlah penonton yang hadir pada malam itu adalah memuaskan. Pertandingan ini telah diadili oleh tiga orang juri. Ketua juri adalah En. Mohammad Shukrani, dan dibantu oleh En. Mohammad Fakhizan Ramli dan juga Pn. Khairunnisa Hassan. Para juri telah didatangkan khas untuk megadili pertandingan ‘Islamic Oratory’, yang julung kali diadakan di Universiti Teknologi PETRONAS.
Salah satu tajuk yang agak menarik perhatian para juri ialah ‘Islam and Secularism’. Tajuk ini telah menjadi pilihan peserta dari Malaysia dan Egypt. Tajuk ini membangkitkan beberapa isu yang berkait rapat dengan masalah yang melanda Negara Islam. ‘Secularism’ membawa takrifan perbuatan atau perlakuan yang dilakukan untuk dimanfaatkan di dunia sahaja. Politik merupakan salah satu cabang sekularism.
Debaran di hati para peserta telah diakhiri dengan pengumuman pemenang pertandingan ini. Johan telah disandang oleh peserta dari Sudan iaitu Mohamed Tag Elsir yang membawa tajuk ‘The Important of Innovation in Generating the Ummah’. Naib johan pula telah dirangkul oleh Islam Mokhtar Ahmed dari Egypt yang membawa tajuk ‘Islam and Secularism’. Tempat ketiga jatuh kepada peserta dari Malaysia iaitu Mohammad Luqman Hassan yang membawa tajuk ‘Islam and Secularism’.
Pertandingan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan cenderahati kepada para juri. Diharapkan pertandingan seperti ini akan terus diadakan bagi mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini.
Disediakan oleh,
MAIZAT-UL FATIHA BT MOHAMAD NOR Unit Wartawan Lajnah Informasi dan Multimedia.
LAMPIRAN I
Tentatif program.
|
