Seminar Halal Haram

Share

Mencari yang halal adalah wajib bagi orang Islam. Salah satu sebab utama umat Islam dituntut mencari yang halal dan suci adalah bagi menjaga kesihatan badan serta mendapat keberkatan hidup. Oleh itu, pihak pengurusan ‘h4i’ telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Seminar Halal Haram yang diadakan di Bilik Seminar 5 dan 6, ‘Undercroft’ pada 1 Mac 2009. Seminar ini telah bermula dari jam 10.00 malam dan selesai sepenuhnya pada jam 11.30 malam.

 

Tetamu jemputan adalah Tn. Hj. Ismail bin Hj. Ahmad, selaku pengarah urusan HPA yang merupakan penaja utama bagi kempen ‘h4i’. Kehadiran hadirin yang hadir adalah sangat memuaskan walaupun hujan agak lebat pada malam itu. Hadirin yang hadir terdiri dari warga UTP dan juga tetamu jemputan dari HPA Industri.

 

Mentaliti masyarakat beranggapan HPA hanya mengeluarkan produk makanan dan minuman sahaja. Hakikat sebenarnya, HPA tidak tertumpu kepada pembuatan makanan dan minuman sahaja malah merangkumi semua bidang termasuklah pelancongan, perkhidmatan, kosmetik dan sebagainya. Sehingga kini HPA telah mengeluarkan lebih dari 150 produk dan mensasarkan 500 produk sehingga akhir tahun 2009.

 

HPA mempunyai misi mereka tersendiri iaitu untuk menjadi pengeluar utama produk halal di seluruh dunia. HPA telah diiktiraf oleh kerajaan sehinggakan pada Ogos 2008, HPA telah menerima Anugerah Perdana Menteri MAHA. HPA juga telah bekerjasama dengan beberapa agensi antaranya SIRIM, JAKIM, SME Bank, Majlis Bandaran dan banyak lagi.

 

Oleh itu, sebagai umat Islam yang masih tegak di bumi yang nyata ini, kita perlu bersama-sama memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh pihak bukan Islam. Kenyataan ‘produk halal tidak boleh berjaya’ perlulah disangkal. Hal ini hanya berlaku jika umat Islam berterusan memilih untuk membeli produk yang dihasilkan oleh pihak bukan Islam.

 

 

 

 

Disediakan oleh,

 

NUR SYAMIMI BINTI ATAN 

Unit Wartawan                                                                                                                                                       Lajnah Informasi dan Multimedia                                                               

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN I

 

Senarai AJK yang terlibat.

 

Bil

Nama

Catatan

1

MT/ME Rakan Masjid

Semua terlibat

2

AJK h4i

Semua terlibat

 

 

LAMPIRAN II

 

Tentatif program

 

Masa

Aktiviti

9.45 malam

Ketibaan para tetamu

10.00 malam

Ketibaan tetamu jemputan

10.05 malam

Persembahan montaj

10.10 malam

Ucapan aluan

      Ustaz Dawi Cahyono b. Nurdin

10.20 malam

Ucapan dari Pengarah Urusan HPA

      Tn. Hj. Ismail b. Hj. Ahmad

11.25 malam

Penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan

11.30 malam

Bersurai

 

 

Add comment


Security code
Refresh