Athan Competition

Share

Athan Competition

Pada 27 Februari 2009, pertandingan azan atau dikenali sebagai “Athan Competition” telah diadakan di Masjid Lama bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Pertandingan azan ini adalah  anjuran jawatankuasa h4i(Heart For Islam).

Pertandingan ini diadakan untuk mengenalpasti para pelajar yang berbakat dalam melaungkan azan dengan baik dan syahdu mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu,pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar baru dan mendedahkan para pelajar tentang cara melaungkan azan yang terbaik.

Seramai 12 peserta telah bersaing dalam pertandingan ini. Namun, hanya 3 peserta sahaja yang dipilih paling terbaik berdasarkan keputusan para hakim. Pertandingan ini telah dihakimi oleh Ustaz Zuriat bin Omar,Ustaz Zainal bin Haji Razali, dan saudara Mohd Sufian Bin Rani.

Setelah diteliti daripada segala aspek oleh para hakim,saudara Ahmad Aiman bin Zolkepli telah dinobatkan sebagai johan pertandingan azan pada tahun ini diikuti oleh saudara Muhammad Amin bin Jailani naib johan dan saudara Muhammad bin Hasanuddin tempat ketiga.

Secara keseluruhannya,program seperti ini dilihat amat bermanfaat kepada pelajar dan diharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar.

 

 

 

Disediakan oleh,

 

Herman Hari Bin Matraji

Unit Wartawan

Lajnah Informasi Multimedia

Rakan Masjid UTP


 

 

LAMPIRAN I

 

SENARAI NAMA PASERTA

 

NO.

NAMA

1.

AHMAD AIMAN B. ZORKEPLI

2.

MUHAMMAD AMIN B. JAILANI

3.

MUHAMMAD B. HASANUDIN

4.

MUHAMMAD HAFIZZUDIN B. ABD WAHID

5.

MUHAMMAD AMIN B. OMAR

6.

MOHD ASYRAF B. MOKHTAR

7.

KAIRUL IZUAN B. MOHD SHAH

8.

AMIERUL FAHMI B. AHMAD SOHIMI

9.

AHMAD FARUQ B. ZULKIFLI

10.

NOR IZZAUDIN B. CHE SHAARI

11.

MUHAMMAD IZZATULLAH B. MOHD MUSTAFA

12.

HERMAN HARI B. MATRAJI

 

 

SENARAI NAMA AJK

 

 

NO.

NAMA

JAWATAN

1.

MOHAMAD HAFIZI B. ZAKRIA

PENGARAH h4i

 

Dan jawatankuasa h4i(Heart For Islam).

 

 

 

LAMPIRAN II


TENTATIF PROGRAM

 

 

MASA

AKTIVITI

9.00 p.m

Pendaftaran peserta dan ketibaan para hakim

9.30 p.m

Pertandingan bermula

11.00 p.m

Ucapan ketua hakim

11.15p.m

Penyampaian hadiah dan sijil

11.30p.m

Bersurai

 

 

Add comment


Security code
Refresh