Malam Inspirasi Seni Peringkat Sekolah 2009

Share

 

Pada 7 Mac 2009 yang lalu, Kempen Heart for Islam 2009 dengan kerjasama Unit Pentadiran Masjid Utp buat julung-julung kalinya mengadakan Malam Inspirasi Seni peringkat sekolah-sekolah daerah Perak Tengah. Aktiviti ini diadakan untuk memberi peluang kepada peserta-peserta mengetengahkan bakat mereka disamping menghargai kesenian-kesenian Islam .Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia.

 

Malam Inspirasi Seni kali ini telah dirasmikan oleh pegawai khas Pendidikan Swasta Daerah Perak Tengah iaitu Encik Khairul Aznam bin Razali. Dalam ucapannya, beliau telah memberi galakan kepada para pelajar untuk menonjolkan bakat masing-masing dimana dengan cara ini dapat meningkatkan keyakinan para pelajar untuk berhadapan dengan masyarakat. Selain itu, beliau menggalakkan aktiviti-aktiviti seperti ini terus diadakan pada masa akan datang dengan harapan lebih banyak penyertaan dari sekolah-sekolah di seluruh negeri Perak.Majlis kemudiannya diserikan lagi dengan bacaan al-Quran dan montaj hasil daripada komiti Malam Inspirasi Seni.

 

Persembahan nasyid telah dimulakan dengan kumpulan Euphoneus yang merupakan wakil dari Sekolah Menengah al-Hidayah. Tanpa menggunakan sebarang alat muzik,peserta berjaya membawa penonoton menghayati lagu yang berkisar tentang kekuasaan Allah dan alam ciptaannya .Seterusnya persembahan nasyid diteruskan pula dengan kumpulan Endwar yang merupakan  wakil dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Dalam persembahan tersebut peserta menyoroti kisah Rasulullah dan pengorbanannya dimana cara ini dapat meningkatkan kecintaan kita kepada kekasih Allah.Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan dari kumpulan Shoutul Faizin dan Shoutul Imtiyaz yang merupakan wakil dari Sekolah Menengah Izzudin Shah dan Sekolah Menengah Raja Nazrin Shah. Kedua-dua kumpulan menyingkap tentang kegemilangan Islam pada zaman dahulu dimana Islam telah berjaya menakluki hampir seluruh dunia, tetapi disebabkan umat yang terleka kegemilangan itu tidak dapat dirasai pada hari ini.

 

Malam Inspirasi Seni 2009 peringkat sekolah kali ini telah dimenangi oleh kumpulan Soutul Faizin yang merupakan wakil daripada Sekolah Menengah Izzudin Shah. Manakala tempat kedua dan ketiga  telah dimenangi oleh kumpulan Shoutul Imtiyaz dan Endwar. Kumpulan Euphoneus telah berjaya menyandang tempat keempat. Secara keseluruhannya penyertaan dan sambutan daripada para peseta dan penonton untuk aktiviti ini adalah menggalakkkan.Diharapkan aktiviti seperti ini dapat membuka masyarakat tentang hiburan yang berlandaskan syara' dan tidak melampaui batas disamping menjaga batas-batas pergaulan antara muslimin dan muslimat.

 

Disediakan oleh,

 

NOOR SAADAH BT HALIM

Unit Wartawan

Lajnah Informasi dan Multimedia

 

 

Add comment


Security code
Refresh