Malam Inspirasi Seni Peringkat Intraversiti

Malam Inspirasi Seni Peringkat Intraversiti 

Noor Saadah bt Halim

Unit Wartawan

Lajnah Informasi dan Multimedia

 
Dewan Canselor,UTP,14 Mac 2009-Pada 14 Mac 2009 yang lalu, Kempen Heart for Islam 2009 dengan kerjasama Unit Pentadiran Masjid Utp buat julung-julung kalinya mengadakan Malam Inspirasi Seni peringkat Institusi Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Aktiviti ini diadakan untuk memberi peluang kepada peserta-peserta mengetengahkan bakat mereka disamping menghargai kesenian-kesenian Islam .Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia.

 
Malam Inspirasi Seni Peringkat Universiti ini telah dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan daripada Yang Berbahagia Dr Ahmad Kamil Mahmood dan seterusnye diserikan dengan bacaan al-Quran. Majlis turut dihadiri oleh wakil daripada
Perodua yang merupakan salah satu penaja utama Malam Inspirasi Seni 2009.Majlis kemudiannya diteruskan dengan tayangan montaj hasil daripada komiti Malam Inspirasi Seni. Pertandingan ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dimana ianya mendapat penyertaan daripada 9 buah Institusi Pengajian Tinggi(IPT) seluruh Malaysia.

 
Persembahan nasyid telah dimulakan dengan kumpulan Deliver yang merupakan wakil dari International Medical  School. Tanpa menggunakan sebarang alat muzik,peserta berjaya membawa penonoton menghayati lagu yang bertajuk 'Ya Rasulullah'.Seterusnya persembahan nasyid diteruskan pula dengan kumpulan Munawwar yang merupakan  wakil dari Universiti Kuala Lumpur.Majlis kemudiannya diserikan lagi dengan persembahan daripada Politeknik Ungku Omar dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara,Balik Pulau. Kedua-dua kumpulan menyingkap tentang peribadi dan sifat-sifat nabi melalui lagu mereka yang bertajuk Kasih Sepanjang Zaman.


Majlis diteruskan dengan persembahan Universiti Teknologi PETRONAS dan Universiti Teknologi Mara kampus Seri Iskandar.Kumpulan ini membawakan sebuah lagu yang bertajuk Harapan dimana liriknya menyeru manusia untuk redha dengan segala yang ditentukan oleh Allah..Kumpulan daripada Universiti Sultan Idris Shah,Politeknik Sultan Azlan Shah dan Institut Perguruan Ipoh membawa sedikit kelainan dalam persembahan mereka. Gabungan tarian zapin dan dan suara yang mantap telah berjaya memukau para juri dan penonton yang hadir.


Malam Inspirasi Seni peringkat Institusi Pengajian Tinggi
Tinggi telah dimenangi oleh kumpulan In-saff yang merupakan wakil daripada Universiti Teknologi Mara kampus Seri Iskandar. Manakala tuan rumah iaitu Universiti Teknologi Petronas menerima anugerah saguhati utama manakala International Medical School menerima saguhati kedua. Secara keseluruhannya penyertaan dan sambutan daripada para peseta dan penonton untuk aktiviti ini adalah menggalakkkan.Diharapkan aktiviti seperti ini dapat membuka masyarakat tentang hiburan yang berlandaskan syara' dan tidak melampaui batas disamping menjaga batas-batas pergaulan antara muslimin dan muslimat.