| Pertandingan Hafazan |
Noor Saadah bt Halim Unit Wartawan Lajnah Informasi dan Multimedia
Masjid Lama,UTP,1 Mac 2009-Pada 1 Mac 2009 yang lalu, Kempen Heart for Islam 2009 dengan kerjasama Unit Pentadiran Masjid Utp mengadakan pertandingan hafazan atau dikenali sebagai "Quran Memorization" yang disertai oleh pelajar-pelajar Utp.Aktiviti ini diadakan untuk memberi peluang kepada peserta-peserta mengetengahkan bakat mereka disamping menghargai kesenian-kesenian Islam .Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia.
Pertandingan Hafazan ini telah dimulakan pada pukul 9.30 malam dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis. Pertandingan hafazan kali ini membuat pembaharuan dimana disertai oleh 10 orang pelajar daripada pelbagai negara seperti Sudan, Malaysia dan sebagainya. Pertandingan ini telah diadili oleh juri-juri yang berpengalaman dalam seni suara antaranya, hafiz daripada Afrika iaitu saudara Abdul Mukmin bin Azemi Azman ,naib juara Ramadhan Discovery 2008 iaitu saudara Muhammad Zulhaziman Mat Saleh dan Ustaz Zuriat Para Peserta dikehendaki menghafaz surah-surah pilihan seperti al-mulk,al-waqiah,al-rahman dan surah yaasin.
Pertandingan hafazan telah dimulakan dengan alunan suara daripada peserta dari Malaysia iaitu Saudara Yusof Hashim. Setiap peserta memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing.Terdapat peserta yang dapat mengalunkan bacaan al-Quran dengan baik dan ada segelintir tidak dapat menyampaikannya dengan baik disebabkan terlupa dan sebagainya. Kira-kira pukul 11.45 malam, kesemua 10 orang peserta yang terdiri daripada 6 orang peserta muslimin dan 4 muslimat berjaya memberikan persembahan terbaik mereka. Antara peserta wanita yang telah menyertai pertandingan ini adalah saudari Mihrab Murwakil Mohamed Sambino, Saidah Nafisah bt Khalid, Maziah bin Abu Mukhtar dan Gehan Yahya Alsalat
Pertandingan Hafazan anjurah Heart for Islam 2009 telah dimenangi oleh peserta daripada Malaysia iaitu saudara Yusof Hashim. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh saudara Ahmad Syazwan Fikri bin Mohamad dan Gehan Yahya Alsalat. Secara keseluruhannya penyertaan dan sambutan daripada para peseta dan penonton untuk aktiviti ini adalah menggalakkkan.Diharapkan aktiviti seperti ini dapat menyebarkan lagi kesenian-kesenian Islam yang semakin lama dilupakan oleh masyarakat zaman kini.
|
