Malam Inspirasi Seni (Peringkat UTP) dan Upacara Penutup H4I

Share

Oleh: MOHAMAD HUSAINI ABU BAKAR,

Unit Wartawan,

Lajnah Informasi dan Multimedia.

 


Chancellor Hall,UTP, 14 Mac 2009 – Bersempena dengan program H4I, pelbagai program dan pertandingan telah dijalankan antaranya pertandingan nasyid.Pertandingan nasyid atau juga dikenali sebagai Malam Inspirasi Seni ini telah diadakan dan merupakan pertandingan yang diadakan bagi mencungkil bakat-bakat terpendam dalam pelajar-pelajar UTP dan pada 14 Mac yang lalu telah diadakan finale bagi pertandingan ini berserta majlis penutup program H4I.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah A.P. Dr. Shamsul Rahman B. M. Khutty yang merupakan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pelajar dan wakil-wakil dari penaja. Tambah menarik lagi, Malam Inspirasi Seni ini juga telah dihadiri oleh kumpulan nasyid yang terkenal di Malaysia iaitu kumpulan nasyid In-team.

Majilis dimulakan dengan para hadirin diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat al-quran oleh pelajar UTP iaitu Abdul Mudzil B. Mohamad. Beliau membaca ayat dari Surah Al-Qiyammah dari ayat 1 hingga 35. Seterusnya pengerusi majlis menyerahkan majlis kepada pengacara majlis iaitu saudara Mohamad Razif dan Mohamad Husairil.

Pertandingan akhir nasyid pada kali ini disertai oleh hanya empat kumpulan sahaja. Kumpulan-kumpulan ini adalah kumpulan yang berjaya melepasi peringkat saringan. Antara kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir ialah kumpulan Shahabul Islam, Read-One, In-saff dan Mujahidden. Manakala panel hakim pula terdiri dari ahli-ahli kumpulan In-team iaitu Hazimi B. Harun, Shahril B. Abdul Khalid dan Fuad Rizal B. Mustapha.

Kumpulan Shahabul Islam telah mendendangkan lagu syukur dan sababul salam. Rata-rata komen dari panel hakim menyatakan persembahan kumpulan ini sangat baik walaubagaimanapun masih banyak yang perlu diperbaiki terutama dari segi suara penyanyi ketiga.

Seterusnya adalah persembahan dari kumpulan Read-One. Kumpulan ini mendendangkan lagu Dia kekasih Allah dan Insan cemerlang. Panel hakim menyatakan persembahan kumpulan ini sangat baik dimana suara penyanyi solo sangat baik dan padunan suara dari setiap ahli sangat baik. Walaubagaimanapun, susunan muzik bagi lagu yang dipersembahkan amat kurang memuaskan.

Seterusnya ialah persembahan dari kumpulan In-saff yang mendendangkan lagu yang bertajuk Rindu dan Ya Habibi Ya Maulana. Komen dari panel hakim menyatakan persembahan kumpulan ini adalah terbaik walaupun ade sedikit kelemahan dari segi sebutan. Tetapi secara keseluruhannya persembahan dari kumpulan ini adalah yang terbaik diantara semua kumpulan.

Manakala kumpulan yang terakhir pula kumpulan Mujahiddeen.Kumpulan ini mempersembahkan lagu Selawat Purdah dan Ku Milikmu.Rata-rata komen dari para hakim menyatakan kumpulan ini mempunyai suara-suara yang unik dan lontaran suara yang baik dari setiap penyanyi solo. Tetapi disebabkan kurang alat muzik menyebabkan persembahan dari kumpulan ini sedikit kurang memuaskan.

Walaugaimanapun selepas diadili oleh para hakim, pertandingan nasyid pada tahun ini telah dimenangi oleh kumpulan In-saff. Manakala tempat kedua pula dari kumpulan Read-One. Tempat ketiga adalah kumpulan Shababul Islam dan tempat terakhir pula dari kumpulan Mujahiddeen. Walaubagaimanapun sebelum itu, kumpulan In-team telah mendendangkan beberapa lagu untuk para hadirin yang datang. Upacara penyampaian hadiah pula telah disampaikan oleh A.P. Dr. Shamsul Rahman sebagai tetamu kehormat bagi majlis ini dan seterusnya menutup bulan H4I bagi tahun ini.

Secara keseluruhannya, pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan H4I ini telah berjaya menarik perhatian para pelajar UTP mahupun pelajar-pelajar sekitar UTP. Rata-rata para hadirin yang datang berasa gembira dan berpuas hati dengan persembahan setiap kumpulan yang bertanding di samping dengan persembahan dari kumpulan In-team. Sambutan pada kali ini sangat mengalakkan dimana bukan sahaja ramai pelajar UTP yang hadir bahkan penuntut dari sekitar UTP serta penduduk sekitar turut hadir bagi memeriahkan majlis.

 

Add comment


Security code
Refresh