Forum “Umum Tahu tapi Rahsia Tidak Terungkap”

Share

Oleh: MOHAMAD HUSAINI ABU BAKAR,

Unit Wartawan,

Lajnah Informasi dan Multimedia.

 

Undercroft, Chancellor Hall, UTP, 13 Mac 2009 – Bersempena dengan Halal Fetival 2009 yang dijalankan di UTP, satu forum atau diskusi telah diadakan. Tajuk forum pada kali ini ialah “Umum Tahu tapi Rahsia Tidak Terungkap”. Antara ahli panel yang hadir ialah En. Jufri Abu Bakar dari HPA, En. Jamil Mohd. Sapri dari JAIP dan Tuan Haji Yusuff Latif sebagai wakil dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Manakala Ustaz Rahmat Abu Saman bertindak sebagai moderator bagi forum ini.

                Majlis yang sepatutnya bermula pada pukul 9.00 malam terpaksa dilewatkan berikutan terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Disamping itu, para pelajar yang datang lewat pada forum ini juga telah menyebabkan majlis ini diimulakan pada pukul 10.00 malam.Selepas persembahan montage dari pihak pengajur dan bacaan doa, forum ini telah dimulakan.

                Menurut wakil dari HPA, En. Jufri  rakyat di Malaysia kurang pendedahan mengenai halal dan haram. Selain itu, beliau juga menyatakan dalam isu halal dan haram ini masih banyak unsur-unsur penipuan. Ini menyebabkan rakyat atau pengguna-pengguna masih berasa ragu-ragu terhadap halal atau haram sesuatu benda itu. Tambahan beliau lagi, hamper 80% sijil halal di Malaysia ini terdiri daripada  golongan orang bukan islam. Ini menunjukkan bahawa orang bukan islam amat menitik beratkan isu halal dan haram dalam perniagaan mereka terutama dari segi makanan. Beliau juga menyarankan agar orang islam perlu mengeluarkan barangan halal dan bukan orang bukan islam sebaliknya kerana kebanyakkan barangan keperluan harian yang berada di pasaran sekarang ini adalah dikeluarkan oleh orang bukan islam.

                Manakala menurut Tuan Haji Yusuff pula, isu makanan amat penting dalam kehidupan seseorang. Ini kerana makanan yang halal juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak yang mulia. Selain itu, beliau juga mendedahkan bahawa makanan pizza yang berada di pasaran adalah diperbuat daripada rambut. Ini kerana terdapat bahan yang digunakan dalam pembuatan pizza adalah dihasilkan dari rambut manusia. Kenyataan ini rata-rata telah mengejutkan para hadirin yang datang.

                Wakil dari JAIP pula menyatakan halal adalah sesuatu yang tidak mengandungi binatang yang haram seperti khinzir, tidak mengandungi najis dan beberapa syarat-syarat yang utama lain. Tambahan beliau lagi, JAIP tidak mempunyai bidang kuasa dari segi undang-undang dan hanya mengeluarkan sijil-sijil halal. Ini kerana kebanyakkan masyarakat beranggapan bahawa JAIP atau jabatan agama islam yang lain mempunyai bidang kuasa dalam bidang undang-undang  terhadap isu halal dan haram di Negara ini.

                Secara kesimpulannya, forum ini banyak memberi manfaat kepada para hadirin yang datang. Kebanyakkan para pelajar yang ditemui menyatakan mereka mendapat info yang berguna dan
 

Add comment


Security code
Refresh