| Pertandingan Futsal Muslimat |
OLEH: Unit Wartawan, Lajnah Infomasi Multimedia Komplek Sukan, 19 & 20 Februari2010 : Pada hari jumaat dan sabtu malam telah diadakan perlawanan futsal antara muslimat yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Siswi (HELWI).Perlawanan ini bertempat di Komplek Sukan pada pukul 9 malam.Perlawanan futsal ini diadakan selama 2 hari berturut-turut dimana pada hari pertama seramai 11 kumpulan telah mendaftarkan diri dengan bayaran sebanyak RM5O bagi setiap kumpulan.Kumpulan yang telah mendaftarkan diri ialah NoName,Red Chili,Bobo,Techlicious,Radix FC,Powerpuff Muslimah,Muslimah United,TTBL,Helwi Best,Apunahasa Pima Petelon,dan Ayam Goreng. Dalam satu kumpulan terdapat 8 orang ahli,5 pemain, dan 3 pemain simpanan. Cara pengagihan perlawanan adalah liga. 11 kumpulan ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A,B,dan C.Kumpulan A terdiri daripada Red Chili,No Name,Bobo dan Techlicious.Kumpulan B pula Radix FC,Powerpuff Muslimah,dan Muslimah United. Akhir sekali kumpulan C adalah TTBL,Helwi Best,Apunahasa Pima Petelon dan Ayam Goreng.Satu perlawanan berlangsung selama 12 minit.Dalam pertandingan ini terdapat 15 perlawanan termasuk separuh akhir dan akhir. Sistem kiraan markah adalah bergantung pada hasil perlawanan tersebut. Bagi kumpulan yang menang akan mendapat 3 mata,kumpulan yang kalah mendapat 1 mata dan kumpulan yang seri mendapat 2 mata.Pada malam pertama sebanyak 11 perlawanan diadakan dimana setiap kumpulan akan bertanding 2 kali antara group.Antara 11 kumpulan tersebut hanya 4 kumpulan yang layak ke peringkat seterusnya iaitu kumpulan NoName,Techlicious,Muslimah United dan TTBL. Pertandingan separuh akhir dan akhir dipertandingkan pada 20 Februari. 4 kumpulan ini terpilih berdasarkan kutipan mata yang tertinggi. Kumpulam NoName mendapat 6 mata,Muslimah United 5 mata,Techlicious 5 mata dan akhir sekali TTBL memperoleh 6 mata.4 kumpulan ini dikategorikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B dimana kumpulan A TTBL berentap dengan kumpulan Techlicious untuk kumpulan A.Manakala kumpulan B Muslimah United berentap dengan kumpulan NoName.Perlawanan dalam kumpulan A dimenangi oleh Techlichious manakala kumpulan B dimenangi oleh kumpulan NoName. Kumpulan yang bertanding ke peringkat akhir adalah kumpulan NoName dan Techlicious.Bagi kumpulanMuslimah United dan TTBL pula akan bertanding untuk meraih tempat ke-3 dan 4. Perlawanan akhir bagi perlawanan futsal ini dimenangi oleh kumpulan NoName manakala tempat ke-2 adalah kumpulan Techlicious .Seterusnya perlawanan untuk tempat ke-3 dimenangi oleh TTBL dan tempat ke-4 Muslimah United. Kesimpulannya,pertandingan futsal muslimat tahun 2010 berjalan lancar seperti yang dirancangkan.Tahniah buat pemenang dan syabas untuk semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini.Semoga melalui pertandingan yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka. Segulung tahniah dan syabas juga kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus bagi memastikan perlawanan ini berjalan dengan baik. |
