Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah

Share

Disediakan oleh : Unit Wartawan Lajnah Informasi dan Multimedia


Pada 10 Februari yang lepas,satu sambutan bersempena Maulidur rasul 1431 hijrah telah diadakan di Dewan Canselor.Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang telah dihadiri oleh staf-staf serta pelajar Universiti Teknologi Petronas. Bermula dengan bacaan al-Quran yang diperdengarkan oleh saudara Zul Aiman, majlis ini diharap mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Haji Mohd Noor Rosli.Dalam ucapan beliau, beliau menyeru agar pelajar-pelajar tidak terpengaruh dengan cerita-cerita daripada barat seperti ’The 13th Warrior’ , ‘Transformer’ dan banyak lagi. Ini kerana,cerita-cerita seperti ini biasanya mengandungi agenda yang tidak baik dan kadangkala menyentuh sensitiviti umat Islam.

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan alunan selawat secara beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Zuriat bin Omar bersama-sama dengan rektor Universiti Teknologi PETRONAS serta beberapa staf UTP. Setelah itu,satu video ringkas telah dipersembahkan yang memaparkan ucapan Ustaz Dawi Cahyono bin Nurdin tentang cara-cara untuk mendapat ketenangan. Setrusnya,majlis diteruskan dengan ceramah bertajuk Integriti Model Rasulullah s.a.w yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Ghafarullahuddin yang merupakan pendyarah di UITM.Beliau telah menguraikan tentang peribadi nabi daripada perkataan INTEGRITI,antaranya Iklas,Itqhan dan sebagainya. Ini secara tidak langsung memberi peringatan kepada kta untuk mencotohi peribadi Nabi Muhammad s.a.w.

 

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Read-One.Kumpulan yang dianggotai oleh pelajar asasi dan tahun akhir ini telah menyampaikan dua buah lagu yang mengisahkan tentang Rasulullah s.a.w. Paduan alat musik dan suara yang merdu telah memukau para penonton yang mendengarnya. Secara tidak langsung,persembahan ini mengingatkan kita tentang perjuangan Nabi Muhammad s..a.w. Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang kerana ianya member banyak input dan pengajaran kepada kita.Majlis berakhir kira-kira pukul 5 petang.

  

 

 

Add comment


Security code
Refresh