Malam Inspirasi Seni Intervarsity 2011

Share

Malam Inspirasi Seni Intervarsity 2011 di bawah Kempen "Heart For Islam 2011" (h4i 11) telah diadakan pada 2 April 2011, 2.00-5.00 petang di Dewan Utama UTP (Main Hall UTP).


Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Saudara Muhammad Zahin Bin Abd Razak, Pengarah Projek Kempen “Heart For Islam 2011” dan Drs. Ustaz Dawi Cahyono Bin Nurdin, Eksekutif Kanan Unit Pentadbiran Masjid Universiti Teknologi Petronas.

       



Wajah riang peserta yang tidak sabar-sabar menunggu giliran mereka


Para peserta Malam Inspirasi Seni 2011 :

Persembahan yang bertenaga daripada kumpulan Khairun Najah dari Kolej Komuniti Teluk Intan


Persembahan yang hebat yang dipersembahkan oleh kumpulan Muzakkir dari UiTM Seri Iskandar


Persembahan kumpulan Sofwah dari UiTM Perlis yang unik dan penuh gaya


Persembahan yang penuh penghayatan dan cukup memberi kesan kepada pendengar oleh kumpulan All For Ummah, Universiti Teknologi Petronas



Persembahan istimewa daripada adik-adik Rumah Anak Yatim Nur Kasih




Keputusan Pertandingan Nasyid Malam Inspirasi Seni 2011

Tempat Pertama : Sofwah, UiTM Perlis

Tempat Kedua : Muzakkir, UiTM Seri Iskandar

Tempat Ketiga : All For Ummah, Universiti Teknologi Petronas

Tempat Keempat : Khairun Najah, Kolej Komuniti Teluk Intan



Johan, Sofwah dari UiTM Perlis bergambar dengan hadiah dan cek yang dimenangi



 

Add comment


Security code
Refresh